Who Are We?

Who Are We?

Tuesday, February 23, 2010

Kelas TASMI' Al-Quran 2010

Ibu bapa / Penjaga Murid Tahun 1 ,2 ,3 ,4 , 5 dan 6,
Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.


2. Adalah dimaklumkan bahawa Panitia Pendidikan Islam di bawah program j-QAF akan mengadakan kelas Tasmi’ Al-Quran untuk murid Islam tahun 1 hingga tahun 6. Program ini adalah di bawah program Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan Malaysia kepada semua sekolah program j-QAF. Kelas ini diadakan selepas waktu sekolah dan wajib kepada semua murid beragama Islam. Kelas akan diadakan di bilik j-QAF. Kelas akan bermula pada hari Isnin, 22 Februari 2010.

3. Jadual kelas Tasmi’ adalah seperti ketetapan berikut:
ISNIN: TAHUN 3(1225-1255), TAHUN 6(1255- 1.25)
SELASA: TAHUN 1(1225-1255), TAHUN 4(1255- 1.25)
KHAMIS: TAHUN 2(1225-1255), TAHUN 5(1255- 1.25)

4. Kerjasama daripada pihak Tuan / Puan didahului dengan ucapan terima kasih. Semoga Al-Quran menjadi junjungan.

Sekian, terima kasih.

*Taken from SKBD Portal

No comments: